Membuat reka bentuk profil syarikat atau profil korporat adalah satu tanggungjawab yang besar. Jangan hanya fokus pada reka bentuk semata-mata — susunan kandungan juga sangat penting. Lagipun, ia adalah maklumat paling terperinci yang boleh ditawarkan oleh sesebuah syarikat.
Mencipta reka bentuk profil syarikat (company profile) yang mudah dibaca tetapi menarik dari awal memang memenatkan.
Lebih-lebih lagi, untuk menyempurnakan reka bentuk, ia boleh mengambil masa berjam-jam! Kami telah memilih contoh reka bentuk profil syarikat terbaik hasil rekaan pasukan profesional dalaman kami sendiri untuk memberi inspirasi kepada anda.
Dinamik
Reka bentuk profil korporat seharusnya bersifat abadi supaya ia relevan sepanjang tahun tanpa perlu diubah suai setiap masa.
Dengan reka bentuk yang dinamik, profil syarikat anda dapat menggambarkan syarikat dengan cara yang meyakinkan dan mengagumkan.

Moden
Sama ada syarikat korporat atau tidak, reka bentuk profil yang moden dan bergaya ini sangat sesuai untuk kekal selangkah di hadapan.
Gabungan warna dalam reka bentuk yang kemas ini menarik minat pembaca untuk terus meneliti helaian demi helaian.
Dipadankan dengan penulisan ringkas, gaya profil syarikat ini melambangkan syarikat anda dengan sempurna.

Minimalis
Profesionalisme sering seiring dengan reka bentuk minimalis.
Sesetengah gaya mungkin terlalu berlebihan bagi syarikat yang tidak mahu berputar-putar dalam penyampaian mesej. Kami memilih reka bentuk minimalis ini untuk klien yang mahu perkhidmatan mereka bercakap dengan sendirinya. Dan memang benar-benar menonjol, jika kami boleh katakan begitu.

Kreatif
Apabila klien ini memerlukan profil syarikat setebal 64 muka surat, hanya dua perkataan terlintas di fikiran: Cabaran diterima!
Kami memilih pendekatan kreatif untuk mereka bentuk profil korporat mereka yang komprehensif ini. Dengan reka bentuk yang seolah-olah ‘melompat’ dari buku ini dan kandungan yang disusun dengan bijak, projek kreatif ini dengan pantas menjadi kebanggaan kami.

Padat
Terdapat garis halus antara padat dan terlalu panjang.
Mempunyai reka bentuk padat untuk profil korporat adalah gaya ideal bagi syarikat yang mahu bilangan muka surat yang sedikit tetapi penuh dengan maklumat.
Walaupun mencabar, dengan reka bentuk yang padu, syarikat lain pasti berharap mereka juga melakukannya sedemikian.

Dah dapat inspirasi?
Artikel Bekaitan: Kepentingan Profil Syarikat untuk Setiap Perniagaan




